mari click kalau suka blog ni

Recent Visitors

Sunday, January 23, 2011

intro to marine engineering

salam...


aku masih baru disini. So, kalau ade salah dan silap,harap maaf. Aku buka blog ni sebab aku nak kongsi pengalaman aku sebelum,semasa menjadi pelaut malaysia sampai ke hari ini.




Selepas habis spm dan dapat result, aku dan kawan2 aku berlumba2 mencari tempat untuk menyambung pengajian. Ade yang nak masuk universiti,ade nak masuk matrikulasi,ade yang nk masuk poly dan ade yg nk masuk askar(salah satunya aku la)woha!..Aku cume mintak poly n universiti je coz aku x berminat nk masuk matrik.


Sementara menunggu kemasukan ke pusat pengajian tinggi, aku pergi ke tempat pemilihan angkatan laut. Aku dan rakan aku saje je nk cuba2 masuk TLDM tu. Semasa pemilihan tu,sedikit2 orang yang datang di reject oleh pegawai2. Aku pun di reject coz x birthday aku x sampai lagi. Orang kate x cukup umur.kawan aku pulak kantoi jugak.tapi aku lupa cam ne die leh kantoi.


Time ni aku banyak mencuba2 untuk masuk ke tempat yang selamat untuk masa depan selain universiti dan poly.So,ak try la kapal perdagangan pula. aku dan 2 lagi sahabat aku mencuba nasib untuk menceburi bidang perkapalan ni. Tapi kene hantar resume. itu yang paling malas nak wat tu. aku pun x taw cam ne nak buat. Aku pun mintak mak aku buat. lepas resume aku siap, yang lagi 2 orang tu hanye copy paste je.Cume tukar info je. Yang lawaknye,kami hantar 1 hari sebelum tarikh tutup. Kelam kelibut. Gune post laju lagi.woha!


Hari berganti hari,akhirnya surat interview pun sampai rumah. Tapi hanya 2 orang sahaja yang dapat interview itu. Kami pun pergi la interview kat hotel di penang. macam2 kerenah time interview tu.Ade yang kene kawad.time interview tu,aku kene cakap english.Terkelu2 aku nak menyebut english time tu. Aku bukan la seorang yg pandai english.


Lepas interview, kami pun menunggu dengan sabar result interview tu.Akhirnya,kawan aku terima panggilan dari syarikat kapal tu dan die telah diterima. Tapi aku x dapat apa2 panggilan.
aku redha je coz ak ade lagi 1 pilihan.iaitu poly behrang.Tapi mak aku suh tanye gak tentang result interview tu.aku pun telefon la pegawai tu.Die kate name aku dalam senarai pendek. maksudnye,kalau orang panggilan pertama x nak,aku akan dipanggil.


2 hari pastu,aku terima panggilan dan die suh pergi report kat ALAM (akademi laut malaysia) hari isnin next week.So, disini bermulalah pahit getir aku untuk menjadi pelaut. mesti korang nak tahu bagaimana dugaan,cabaran dan halangan yang aku terima. Aku rasa,aku sambung di post akan datang ok.mata dah ngantok. Jumpa lagi. Nantikan............

2 comments:

LoVe R!N@ said...

wah...pengalaman yang paling best....

khairi said...

thanks..

Post a Comment