mari click kalau suka blog ni

Sunday, January 30, 2011

everynite is hell

Salam...

Semasa aku junior, hampir setiap malam kami kene hell ngan senior. nak tahu sebab ape? alasan diorang simple je. x wish senior. mula2 rase susah gak la nak push up 100x tiap2 malam. lompat katak, tampar lalat, tu sume dah jadi biasa bagi junior macam kitorang. tiap kali ade fall in pkai PT order, kitorang dah taw dah yang kitorang mesti kene hell. kadang2 pkai uniform je kne hell. x kira masa dan dimana jua.hehe..



Kami juga x terlepas dari dende2 yang lain iaitu.



operasi mengutip biji saga.

Nak tahu brapa biji saga sorang?
Max 300
Min 50
Dulu ade pokok saga kat sini. redup la sikit nak kutip biji saga ni. tapi time ni dah kene tebang tapi still ade biji saga kat bawah2 tu.

Dende diberi atas kesalahan dibuat..

hensem x?

Ni kene berdiri sambil pengang kayu ape ntah..

Yang baiknye dende ni coz dapat mendisiplinkan kami. tapi yang x baiknye....


tido dalam kelas.

Sampai pointer sem 1 aku pun dapat bawah 2.0. nyaris2 nak kene buang. dan ade gak yang kene buang. nasib baik aku dapat recover sem 2 aku. dalam contract, aku mesti dapat CGPA 2.4. kalau x, aku x dapat bercerita skang ni. so, mesti korang dapat agak aku dapat pointer brape sem 2 kn?sem 2 aku dah biasa ngan hell2 ni dah. so, xde masalah untuk aku catch up balik pointer aku. orang kate bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah. sume terpulang pada diri sendiri. hendak seribu daya, xnk seribu dalih.

Tapi sekarang bende ni dah xde dah kat alam. xde seniority. batch aku memang bengang gle time 2. aku pun x kempunan sangat nak hell junior. tapi dengan xdenye bende ni, diorang hilang respect pada senior dan lecturer. jadi dak2 yang nak masuk alam pasni, jangan takut la kat senior2 korang dan kalau korang kene hell ngan senior2 korang, korang jangan wat coz diorang x kene macam batch aku kene. banyak lagi dende yang kitorang kene. tapi aku rase, cukup la sampai sini je coz aku pun xnak ingat bende2 tu lagi. nantikan post aku yang akan datang bersama kapal M. V Bunga Bidara menjelajah dunia. tunggu..

p/s.. kepada kawan2 aku yang dalam gambar ni,jangan marah ye. aku nak berkongsi. kalau ade gambar aku kene hell, aku dah letak dah. tapi time aku kene hell, xde orang nak amik. xnsem..hehe..thanks..



Friday, January 28, 2011

info duit 10 ringgit.

salam..

1. Arini saya nak kongsi info about kapal.
2. korang rase ape nama kapal yang ade kat duit 10 ringgit sekarang?



3. pegang duit 10 ringgit hari2 kan?
so, kenalah kenali duit ini.
4. nak tengok original picture?

5. ni dia..



sama x??

6. inilah die kapal MISC yang bernama bunga pelangi.

7. apa yang aku dengar, girl ni dirasmikan oleh isteri bekas perdana menteri iaitu Tun Dr Siti Hasmah.

8.namun kapal ini telah dijual kepada syarikat lain atas sebab2 tertentu dan girl ni masih ade sister die iaitu bunga pelangi dua. korang mesti nak tahu kenapa panggil kapal she kan? nanti aku cerita di post akan datang. tunggu..

1st sem as a junior

salam..


Selepas 1 bulan bercuti, kami kembali ke alam melaka. batch aku yang mengambil bidang engine akan dihantar ke alam terengganu. sebelum dihantar ke alam terengganu, sekali lagi hell diberi oleh senior2 pada malam hari. salam perkenalan orang kate. bukan sehari tapi sepanjang aku berada di alam melaka. nampaknye pegawai yang bagitahu yang kitorang xkan kene lagi macam induction week tu menipu. so, ramai la yang kuar alam time tu kerana tertipu. ade yang xnak keluar coz dah penat cari penjamin, tetibe nak keluar plak. aku la mangse 2. hehe..kami duk kat bangunan ni..










Junior kat tingkat atas dan senior tingkat bawah. bile macam ni, junior susah la nak buat air atau megi coz cooler dan heater ade kat bawah je. kang tengah wat megi kang senior datang. kne la paw megi junior tu. so, ramai junior yang mengambil inisiatif bawa bekal je turun. megi wat kat bilik. ble senior tanya, cakap la nak minum je air masak ni. hehe...










Inilah tempat kami belajar. sebenarnye dulu alam ade 1 je. tapi lepas MISC diambil oleh petronas, bahagian engine dihantar ke sini. so, kami berkongsi tempat belajar bersama INSTEP ni. sebab tu kalau ade orang tanye kat terengganu ade alam ke??aku jawab je alam ni kongsi ngan instep.







Ni lah tempat masuk instep dan moto2 kat situ pernah dicuci oleh kami yang didenda. di post akan datang aku akan cerita semua hell yang berlaku disini. x semua la. yang menarik je coz aku nak cepat2 ke post dimana aku belayar. nak berkongsi tempat2 menarik di luar sana nanti. tunggu......

jaga makanan anda..

Pesanan Rasulullah Tentang Makan

* Jangan makan SUSU + DAGING

* Jangan makan DAGING + IKAN

* Jangan makan IKAN + SUSU

* Jangan makan AYAM + SUSU

* Jangan makan IKAN + TELUR

* Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

* Jangan makan SUSU + CUKA

* Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


satu lagi.. :) sal solat..

"Kami bersembahyang di belakang Nabi s.a.w..maka sabda beliau: Kenapa orang2 itu memberi salam sambil melambaikan tangan mereka pula, tak ubahnya seperti ekor kuda liar!..Cukuplah bila seseorang itu meletakkan tangan di atas pehanya, lalu mengucapkan assalamu'alaikum, assalamu'alaikum"..
(Diriwayatkan oleh Nasa'i juga lainnya)

Thursday, January 27, 2011

day 5 (final day)

Salam..

Akhirnya kita dah sampai ke penghujung induction. pagi macam biasa. pas colours, kitorang kene pegi ke bangunan yang dipanggil pre sea complex. kat bawah tu je dewan die.




Lepas tu kami berjumpe dengan scholarship kami dan diorang menerangkan tentang agreement yang hendak ditandatangani oleh kami sendiri dan penjamin kami..ni borang die..




Dan ini antara isi kandungannye..xleh la bgtaw sume.



Atas ni perjalanan career aku nanti..kalau langgar contract, kene bayar rm 100k.


Pastu kami diberi gambar setiap seorang tangkap time induction sebelum tu. korang tahu x gambar sape yang warden tu bagi dulu dan warden tu kutuk kaw2 punye?die cakap muka macam orang pecah rumah. aku dan kawan2 yang lain pun gelak kuat2. spe la agaknye tu ye??hehe...




Ni muka aku 1 week sebelum masuk alam.


Dan muka orang yang pecah rumah tadi tu yang ni..




Muka hensem macam ni die cakap pecah rumah??x patut. gambar aku la yang 1st tu. warden tu suruh pastu je ke belakang. dan2 muke aku yang kene. senyap la aku pastu..hehe..bayangkan la macam mane kulit muka aku mengelupas sebab sun burn ni. hitam legam. sume orang tegur mase aku dah sampai rumah. aku hanya mampu tersenyum. lepas solat jumaat, semua peserta diberi pulang ke kampung masing2 selama 1 bulan dan pastu kembali ke alam. nantikan kisah menarik saya di alam...tunggu...



day 4

Salam..

Disebabkan esok kami hanya ada aktiviti kawad, sekali lagi emergency drill bermula. kali ini aku lebih alert tentang waktu. tepat pukul 12.45 am, siren dibunyikan. haaa...lupe pulak nak bagi tahu. time tu mejoriti peserta tido dengan pakaian PT order iaitu pakaian sukan.macam ni..




Kenapa tido dengan lengkap pakaian sukan?hehe...ade yang pakai stokin skali..coz diorang takut lambat nanti. tapi still ade yang lambat. aku x tahu kenapa, tapi agak menyusahkan orang jugak la. kesian pada yang awal tu. macam biasa, aktiviti hell pun berlangsung. semalam guling2 je. arini sume cukup. fwd roll,back roll,side roll, push up, tepuk lalat, lompat katak. pergh..mcm katak dah aku tengok sume peserta.hehe..

Fwd roll: mula2 buat macam ni..



Lepas tu...





Korang akan pening lepas kedudukan macam ni..




eh,comel plak panda ni..hehe..

Pening selepas 5 round pegi balik dari hujung padang ke hujung padang. time fwd roll ni aku banyak menipu jugak. ye la..dulu belajar silat, ade fwd roll ni kan. so, aku dah biasa. jadi peserta yang x penah buat bende ni akan roll 20 kali di padang manakala aku hanya roll 10 kali.hehe..kalau korang berminat sangat nak masuk alam, dapatkan tips2 helah percuma dari aku.hehe..pas2 side roll..macam ni..


Mula2 korang tido macam ni..



Lepastu korang pusingkan badan ke kiri.macam ni...




Sampai la hujun padang. yang ni diorang bagi 1x je coz diorang tengok ramai yang muntah. bukan ape,pening 1 hal, bau muntah semalam yang x kering pun ade lagi. aku pun cube2 elak dari muntah2 tu.huhu..yang ni aku x leh nak bagi tips cam ne nak wat sedikit je.hehe..aku paling x suke buat side roll ni la. memang tangkap leleh. pada batch aku dme 24, mesti korang terngiang2 lagikan suara ini..."suke ke x"? "nak lagi ke"? "best ke x"?"nak masuk alam x"? dengan nada yang menganjing dan mengada2. dalam hati aku,aku rase nak letup je kat muke orang tua tu.hehe..


Pastu kitorang pun pergi ke dewan.pegawai2 tu memainkan permainan bodo yang dipanggil change order. disini  kitorang akan diberi arah untuk ape2 attire.contoh..tie order!!!pegawai tu menjerit.lintang pukang kitorang lari tukar pakaian tie order.macam ni....



Lepas semua dah sampai ke dewan, diorang akan check satu2 dari atas sampai bawah. time tu memang lawak la. ade yang x bawa tie la. ade yang x pakai stokin la, ade gak yang x pakai tali pinggang. ade gak yang xde tiga2 ni pun ade.hehe..macam2 orang. yang xde bende2 tu,sila buat push up 10x mengikut bende yang die xde.kalau xde tiga2,kena la wat 30 x..xde peluang nak tipu coz diorang duduk depan kita dan kira.huhu..

Untuk memuaskan hati pegawai2 tu yang ketagih sangat nak hell orang 2, diorang ambil point simple je. pen dan nota. mostly sume xde bende2 tu. 10 orang je yang ade. mesti lengkap la. kalau ade pen tapi xde nota pun x gune jugak. macam2 la. ade yang bawak pen tapi x bawak nota pun ade. ade gak yang bawak nota tapi pen hilang. coz berlari tadi,pen jatuh. mesti menyesal x ambil tadi kn??hehe..

Lepas tu tukar balik kepada PT order..

Lepas tu tukar ke attire tido. time ni kitorang x tahu nak tukar ape. dak2 laki kan. mane ade baju tido macam perempuan. jangankan baju tido, kadang2 ade yang x pakai baju time tido pun ade. so, kitorang x tukar baju tapi bawa bantal dan selimut.hehe..yang x bawa bantal dan selimut kene la.


Lepas tu attire mandi.hehe.. aku pakai boxer dan ikat dengan tuala. pakai baju skali la. pastu bawa sabun, berus gigi, ubat gigi, cuci muka dan sewaktu denganye. die check la satu2. biasa la bagi lelaki yang mak bapak bagi duit suh beli ubat gigi memang untuk dikongsi beramai2. so, time pegawai tu tanye sape xde ubat gigi? ramai la yang trus buat push up.hehe..ade sekali tu ade pegawai nak buka tuala peserta. aku pun x tahu la pegawai ni sanggap ke ape. xpun die memang gay. pukul 4 am, hell pun berakhir. kami diberitahu bahawa arini xde PT. tapi kene pegi colours dan arini hanya kawad bersama askar sampai ke petang.





Malam pula ade majlis meraikan kejayaan kami yang bertahan selama 4 hari itu. lebih kurang 20 orang la yang x tahan dan keluar. pegawai tu cakap lepas ni korang xkan kene macam ni lagi.adakah betul ayat pegawai tu??sama2 kita nantikan post yang akan datang di day 5..tunggu...


day 3

salam...


macam biasa aku bangun pukul 5.55 am. x sempat gosok gigi. hanya cuci muka. dan seperti PT sebelum2 ni aku x mandi jugak.hehe..reason x mandi sebab kalau korang mandi sekarang, nanti pas PT, korang akan berpeluh balik dan mandi lagi sekali. so, daripada korang buang masa tidur 20 minit tu untuk mandi sebelum pegi PT, lebih baik korang gunekan 20 minit tu untuk mimpi indah.hehe..


pagi ni ramai yang lambat bangun sebab x cukup tido. so, mengamok la pegawai sukan tu. aku pun x pasti la samada die tahu atau wat2 x tahu yang pagi2 bute tadi kitorg kne hell. die x nak tanye sebab kitorg lewat bangun. datang2 tros marah. korang nak tau ape denda pagi tu??


ni ha.......lompat bintang 200x


cara2:  mula2 duduk mencangkung,pas2 lompat tinggi macam ni...







lepas tu,
tepuk lalat: 100 x



lepas tu,
push up:100x





yang atas ni bukan aku. tapi kawan baik aku.tough x??hehe...

belum abis penat fitness test semalam, arini bertambah lagi?? sampaikan ade 5 orang peserta yang x boleh angkat tangan langsung. aku plak tangan x leh sabun belakang badan. pergh..memang sedap la orang kata. kalau buat time petang xpe la. ni die pegi bantai time subuh. otot2 x panas lagi. tapi hati dah panas.hehe..
korang leh bayangkan x cam ne aku nak angkat takbir time subuh? semua peserta macam aku. angkat sekerat je. pas aku abis solat subuh, rase nak tergelak pun ade tengok peserta2 angkat takbir xsampai telinga.

arini group aku kene pergi laut. nak jadi pelaut sangat kan? kne la jenguk2 laut tu macam rumah sendiri. so, ape yang kitorang wat kat laut tu? tangkap ikan ke?hehe..kitorang diarah supaya memakai life jacket sebelum naik bot untuk ke kapal kat belakang alam tu. ikut jalan ni..



kalau korang penah tengok cite kat tv3 time petang2 tahun lepas, mesti korang kenal tempat ni. cerita NA O MEI kalau x silap la.


kemana agaknye kami nak pegi ni??haa....ni la destinasi kami seterusnya..





pernas propane


kapal ni kapal lame.tunggu masa nak tengelam je. ade kat belakang alam tu. kami pun naik la kapal ni beramai2. ingatkan nak bagi intro pasal kapal. rupa2nye kene terjun laut dari belakang kapal tu.


buat gaya macam ni,





pastu terjun la. tinggi oooo. macam naik space shot kat genting tu. rase roh kene tarik. sebelum ni aku x penah rase gayat. tapi lepas terjun bende ni, ape2 yang tinggi kat genting 2, aku x akan naik walaupun aku rase macam membazir je masuk tapi x naik.hehe...


pas terjun, kami berenang ke pantai. x takut sangat sebab pakai life jacket. tapi ade bahaya disitu.obor2 sangat banyak di situ. Alhamdulillah aku x kene sengat. ade 2 orang je group aku kene sengat. merah2 badan diorang.




selepas semua sampai dipantai, aktiviti hell bermula lagi. guling2 tepi pantai. yang x sempat muntah pagi tadi,muntah la time ni. keje kitorang muntah je. korang jangan tanye plak aku muntah ble..hehe... lepas tu kene minum air laut 1 botol. kalau pegawai tu banyak helah, aku lagi la banyak helah.hehe..aku wat minum tapi x telan pun. air pun banyak la jatuh. sebelum pegawai tu suruh kitorang minum, die dah minum dulu depan kitoarang. xde setitis pun air yang jatuh. 1botol beb. aku kate dalam hati, nak mampos ke orang tua ni?hehe..ye la..mane elok minum air laut banyak2. pas2 pegawai2 kat situ suh wat persembahan kat tepi laut 2. makin ramai la pegawai2 yang datang tengok. bab2 mengular ni, memang best. coz tu ramai yang datang.




petang tu kitorang xde kawad coz pegawai2 tu ade mesyuarat. so, bleh la berehat sekejap. hampir semua peserta berdengkur beb. penat kot. tapi korang rase nak ke diorang bagi kitorang rehat?silap la...malam tu macam biasa la....pukul 1 am. tapi aku rase aku sambung la kat post day 4 nanti ye.nantikan....tunggu....

Wednesday, January 26, 2011

day 2

Salam...


Tepat pukul 5.15 am aku bangun macam semalam untuk pegi PT. arini bangun lewat sikit sebab dah taw yang PT ni mesti akan berpeluh. so,pas bangun, cuci muka, gosok gigi then terus pegi ke padang. pagi indah, udara nyaman,sejuk dan time ni la yang paling liat nak bangun. sambil menunggu pegawai datang, aku boleh terlelap sekejap.hehe..ngantok ooo.x penah2 aku bangun awal tu. arini xde yang kene denda coz dah insaf kot.hehe..
pas PT, sume bersiap2 untuk sarapan dan seterusnya colours.


Selepas colours, group aku pergi ke playground dimana di situ kami akan buat physical test. lari2 1 alam pas2 pegi ke playground tu untuk dicatat fitness test. sampai la tengah ari. ni la antara kawasan yang kene lari.












petang ape lagi??
kawad la...huhu..










Pas kawad,kami diberitahu oleh senior yang malam ni ade emergency drill.so,tdo la awal ye semua.




Selepas jam 12 am, aku pun x sure pukul berapa coz time tu kelam kabut. maybe pukul 1 am kot..
kring!!!!!! siren berbunyi. semua peserta bergegas keluar dari bilik ke assambly point. sekali lagi nasib malang kepada peserta2 yang lambat,dikenakan denda. mcm biasa la. muntah sampai hijau.hehe..yang x lambat kne hell gak. guling depan belakang, kiri kanan sume cukup la untuk memulaskan perut untuk mengeluarkan bende2 yang dimakan petang tadi. mcm2 warna muntah ade kat padang tu.hehe..cume yang lambat tu kene up sikit dari yang awal.huhu..


Mula2 aku rase macam nak quit je. memang sakit bro. orang kate no mercy. korang bagi alasan x leh buat, korang tetap akan kene gak. kene lagi terok lagi. dalam hati aku asyik maki pegawai tu je. namun sekarang aku sangat terhutang budi pada mereka kerana latihan fizikal ini lah yang buat aku kekal sampai sekarang. bukan mudan nak jadi pelaut. 


Korang mesti nak tahu kenapa yang datang awal pun kene dendakan?mcm ni..dalam kapal, kalau ade sesuatu berlaku, korang kene work as a team. korang sanggup tengok kawan korang mati kalau kapal terbakar atau tengelam?so, korang yang awal tu sepatutnye kejut kawan2 yang lain. tapi kawan2 time tu memang sengaja wat lambat. biasa la bile pas spm dan duk umah lama, mmg liat la nak bangun. 


Upacara hell itu berakhir pukul 3 am dan pukul 6 am mesti kene ade kat padang tu. die bagi kelongaran setengah jam.huhu..so, sampai sini untuk post day 2 walaupun dah masuk sikit day 3. nantikan post day 3..


Tunggu...

Tuesday, January 25, 2011

we muslim are more cristian than cristian themselve-zakir naik

Assalammualaikum..


Arini aku nak tukar sikit cerita. kalau ari2 tengok cerita pasal seaman je, aku pun bosan. so,aku akan selitkan sedikit2 ilmu untuk dikongsi bersama.

Disini aku ingin berkongsi ilmu dimana ia boleh menyelamatkan orang2 islam dari sesat. jangan salah anggap dengan tajuk ini. mula2 aku pun x paham tentang bahas ini. aku pun bukanlah seorang yang cemerlang agama. tapi selepas berkali2 aku ulang, ianya ternyata membuat aku untuk berkongsi bersama saudara-saudari sekelian.

Tajuk diatas bermaksud: saya muslim lebih memahami kristian berbanding kristian itu sendiri.

Mengapa??
Lihat minit ke 7:14
Menurut zakir naik ini yang mengkaji bible dan Al-Quran mengatakan Nabi Isa pernah bersabda: aku mempunyai banyak lagi pekara untuk diberikan dan diajar kepada kamu,tetapi masa x mencukupi. maka akan datang kepada kamu seorang Nabi yang akan mengajar kamu sekalian umat.

Siapakah Nabi itu??
Sudah tentu junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Kalau aku pengikut Nabi Isa yang taat, aku akan ikut dan terima apa yang disabdakan oleh Nabi Isa. kesimpulannye disini, aku juga adalah pengikut nabi isa yang lebih taat dari orang kristian dan sekarang aku adalah pengikut Nabi Muhammad S.A.W.

Lihat lah perbahasan ini:


swimming session

salam

Lepas colours,kami dibahagikan 4 group. aku dapat group 1st. 4 group ni akan rotate aktiviti harian ngan group lain. contohnye,arini group 1st swimming dan group 2nd terjun kapal, next day, group 1st plak terjun kapal, group 2nd swimming. . semua group ke tempat masing2 untuk buat training. so, hari 1st group aku dapat swimming. kitorang pun bersiap2 memakai swimming suit dan pergi ke kolam kat depan alam tu. korang pun boleh nampak kolam tu kalau korang lalu kat depan alam melaka. selepas semua group aku sampai di kolam, kami pun panas badan dulu sebelum masuk kolam.

Selepas basahkan badan di shower, kami disuruh naik keatas platform untuk terjun. kami diajar cara memakai life jecket dan terjun yang betul.



Pastu jump mcm ni



Bila sampai mase aku nak terjun,
kne bgataw name.
pastu cakap "ready to jump sir"
pas instructor tu bgtaw jump, aku pun jump la.
tp......ade plak senior girl ni pelik dengar name aku.
die tanye aku,ape name??tengah nak terjun ni. dah fokus untuk terjun.
ble aku dengar mcmtu,hilang la fokus. tangan dan kaki aku ntah kemane dah time tu. kene wat blik. panasnye aku......dah la nak terjun tu perlukan kekuatan untuk atasi ketakutan..aku pun akur terjun lagi sekali.

pas terjun,sume kena wat cam ni.



Ini dipanggil chain life. aku pun da x brape ingat la..

Then, semua group aku naik ke atas semuala. ini part yang banyak peserta give up. give up bukan sebab ape, xpandai berenang. kami diminta tanggal life jacket dan disuruh pergi ke tepi tempat yang x boleh jejak kaki ke lantai. hm......macam2 kerenah time tu. ade yang nak pergi tandas la, xnak buat la.hehe... kami disuruh berenang dari hujung ke hujung. x kira la ape gaya skali pun. time tu aku berenang kampung je. x proper swim. kira boleh la selamatkan diri dari lemas.

Satu persatu peserta2 group aku lepas. ade yang dah sampai tengah, pastu leh wat u-turn patah balik. padahal lagi sikit je die nak sampai hujung tu. maybe coz panic. yang x reti berenang tu memang telan air je la aritu.
pegawai 2 pancing peserta sampai tengah dengan guna pelampung. dah sampai tengah, die sentap pelampung tu kuat2. ape lagi,meronta2 la peserta yang x reti berenang tu sampai die x begerak dah. baru pegawai tu tarik peserta tu naik sikit. pas2 meronta2 lagi. pegawai tu wat mcm tu 3 kali. pergh..time tu aku bersyukur coz kecik2 dulu aku ni nakal. pergi sungai pas sekolah tanpa bagitaw mak aku. kalau mak aku tahu, ape saja yang mak aku boleh capai time tu, die bagi.huhu..x kira la hanger ke, tali pinggang ke, getah paip pun sedap juga.hehe..sakit tu kejap je.x penah serik sampaikan aku dapat cara dah cam ne xnak bagi mak aku tahu.
hehe..korang nak tahu ke???komen kat aku nanti kalau nak tahu..

Alhamdulillah dengan kenakalan aku dulu, dapat membuat aku pandai berenang dan x kene dera macam peserta la..eh, jauh dah menyimpang. back to swim tadi. time tengok peserta lemas tu, aku x tahu ape reaksi aku time tu. nak tergelak pun ade.kesian pun ade. maaf la kalau aku gelak kat batch aku dulu. aku x dapat tahan.hehe... semua kene berenang kalau x nak keluar. kalau nak keluar, kene push up 100 dulu. so,better peserta mencuba dulu dan diorang prefered try to swim. bile orang 1st yang x reti berenang tu kene lemas macam tu, peserta yang seterusnya xreti berenang menggunakan helah yang aku pun x terfikir.woha! peserta dah tahu yang diorang akan ditarik bile peserta x begerak dah dalam air. so, selepas pelampung ditarik, diorang terus wat2 x bergerak. so,x la minum air banyak sangat. pegawai tu pun x leh nak wat ape2 kalau peserta x bergerak.die mesti kene angkat juga. mane tahu peserta tu betol2 lemas. ade yang senyum bile wat tektik macam tu..hehe..pastu ade la lagi die suruh berenang. banyak sangat dah ni nak tulis.

Sampai la ke tengah hari. penat die Tuhan saja yang tahu. petang kene g kawad pula..huhu..sampai disini saja untuk hari ini. nantikan seterusnya..

day 1

salam...

Hari pertama di alam.....guess what??bangun seawal jam 5 am untuk mandi coz ade PT(physical training) pukul 5.30 am. nasib baik pertama itu aku datang awal ke pandang. yang lambat, akan dikenekan denda. bukan ape..yang lambat tu pun sebab diorang prefer solat dahulu. dan ade yang memang mat lambat. aku solat kemudian coz aku dapat rasakan kegilaan pegawai2 tu.dende bukan main hebat lagi. pagi2 dah kene guling 1 padang. pagi2 lagi dah muntah. yang awal just wat senaman ringan, jogging 1 alam sampai kul 6.30 am.

Selepas itu, aku mandi dan solat subuh. jam 7.10 am, aku dah pegi galley untuk sarapan coz ade colours(perhimpunan). korang jangan kerut dahi plak dengar bende2 pelik ni. ade banyak lagi bende2 pelik yang korang akan dengar. jam 7.30 am, semua peserta dah terpacak kat depan library.(tempat berhimpun). yang lambat pagi tadi trus datang paling awal.hehe.. maybe dende tu memberi kesan pada mereka. sambil terpacak menunggu jam 8 am, kami die periksa oleh warden bertugas. dari atas sampai bawah die tengok. siap bawa shaver lagi. warden tu memang lawak. tegas tapi friendly. yang mane keras sangat nak shave pagi tu terpaksa akur. x macho dah.

Tibe2 ade orang menjerit "one minute to colours sir". sume bersiap sedia untuk nyanyi lagu NEGARAKU, Melaka maju jaya dan live the glory(lagu alam). nak dengar lagu alam? sampai sekarang aku leh ingat lagu die. korang leh ingat ke lagu universiti and poly korang?hehe..hari2 aku nyanyi lagu ni..





here now world we are here
across the ocean far and near
alam the place to live the glory 
as master of the sea

sailing on to our dream
to stormy sea and gale
without persistence
see no resistance
strike with full energy

akademi laut Malaysia
you are the beacon for us all
glory bright and shining 
to glory and fame

alam the place to live the glory
as master of the sea.

maaf la kalau ade silap. dak2 alam yang baca ni, sila betulkan kalo salah coz aku pun bukan suke sangat nak nyanyi lagu ni.hehe..

nantikan cerita seterusnye di kolam renang yang bagi aku agak lucu la time tu..hehe..tunggu..


Monday, January 24, 2011

journey to be a seafarer

salam..


1. Berat hati seorang ibu untuk melepaskan anaknye ini menceburi bidang ini. mula2 mak aku bagi aku masuk alam. pas dah dapat,mak aku ni mcm x bagi plak.aku pun dah naik rungsing. aku ceritakan masalah ni kat kawan aku. kawan aku plak pergi cerita kat ayah die. so, apa lagi. mak aku di counseling ngan ayah kawan aku sampai tetibe mak aku cakap,pergi la masuk alam tu.woha! terkejut juga masa tu. hm..mesti korang nak tahu kenapa ayah kawan aku ni counseling mak aku suruh aku masuk alam kn??  actually, abang kawan aku ni dah masuk alam dah dan dah belayar dah pun. ayah ini melihat bidang perkapalan ini menjamin masa depan. aku pun bukan la dari keluarga yang mewah. so, aku rasa dah sampai masanya aku membalas jasa baik ibu bapa aku tanpa menyusahkan diorang lagi.


2. Akhirnya aku pun masuk alam. peserta2 alam diberi masa 1 week untuk diuji tahap mental dan fizikal. hari pertama masuk,aku pergi ke dewan yang sekarang ni dipanggil polaris hall. aku diberi nama panggilan yang kononnye dipanggil dalam induction tu. semak aku rase dengan name tu. disitu kami di pecahkan kepada 2 kumpulan. dns(diploma in nautical studies) dan dme(diploma in marine engineering). kami diberi taklimat bersama ibu bapa yang hadir. pegawai tu pun meng"up"kn bidang kapal ni. lepas selesai taklimat,parent yang hadir pun balik.


3. Selepas sahaja pak cik paling belakang keluar dewan, semua pintu dewan ditutup dan kami di sudah diberi latihan panas badan.tetibe seorang pegawai menjerit "front support position down".sume buat gaya push up. x leh kene lantai. kitorang pun diberi taklimat untuk 1 minggu dengan keaadan push up. sambil bercakap, sambil die bagi hell(kitorang panggil senaman gini hell).korang mesti nak tahu kenapa kitorang panggil hell. dah sampai mase nanti aku cerita. kami tidak dibenarkan menggunakan handset, rokok dan duit semasa induction 1 week itu. so, sebelum declare barang,semua peserta telefon parent,rakan2 dan dah tentunya awek bagitahu handset kene simpan.


4. Selepas itu,kami diberi rehat die sebuah bangunan lama terletak di sebelah pantai dan ditepi kubur yang diberi nama pasific. kami dibahagikan bilik secara random. semua peserta berehat,mandi dan menunaikan solat time tu. pukul 6.30,aku pun pergi makan kat galley(dalam bahasa darat,cafe)hehe.. sedap. bende yang x penah aku makan pun ade.mewah la orang kate.(time tu jela..nanti aku cerita plak bab x baiknye).maghrib pun berlalu. belum sempat nak solat isyak, tetiba ade inspection. kelam kabut budak2 kemas bilik.


5. Tepat pukul 9.30, semua lampu kene padam dan ready for inspection. satu persatu bilik diperiksa.(diorang bukan nak periksa sangat pun). sampai di bilik aku, sume almari di buka dan baju2 yang dilipat kemas dalam almari di campak ke lantai dengan gembira dan senang hatinya oleh pegawai2 dan senior2.haha.. best sangat tengok orang buat inspection. nak tergelak pun ada.hehe..sampai la pukul 10.30.pastu semua kene tutup lampu.terpaksa la solat dalam gelap bagi yang x bersolat lagi. hari sudah lewat,semua peserta tidur lena menghilangkan penat datang dari jauh ke melaka dan melayan kerenah pegawai2 alam. so,kita sambung di post yang akan datang dengan pengalaman yang menghiburkan dalam masa 1 week induction itu. jumpa lagi..nantikan......

Sunday, January 23, 2011

intro to marine engineering

salam...


aku masih baru disini. So, kalau ade salah dan silap,harap maaf. Aku buka blog ni sebab aku nak kongsi pengalaman aku sebelum,semasa menjadi pelaut malaysia sampai ke hari ini.




Selepas habis spm dan dapat result, aku dan kawan2 aku berlumba2 mencari tempat untuk menyambung pengajian. Ade yang nak masuk universiti,ade nak masuk matrikulasi,ade yang nk masuk poly dan ade yg nk masuk askar(salah satunya aku la)woha!..Aku cume mintak poly n universiti je coz aku x berminat nk masuk matrik.


Sementara menunggu kemasukan ke pusat pengajian tinggi, aku pergi ke tempat pemilihan angkatan laut. Aku dan rakan aku saje je nk cuba2 masuk TLDM tu. Semasa pemilihan tu,sedikit2 orang yang datang di reject oleh pegawai2. Aku pun di reject coz x birthday aku x sampai lagi. Orang kate x cukup umur.kawan aku pulak kantoi jugak.tapi aku lupa cam ne die leh kantoi.


Time ni aku banyak mencuba2 untuk masuk ke tempat yang selamat untuk masa depan selain universiti dan poly.So,ak try la kapal perdagangan pula. aku dan 2 lagi sahabat aku mencuba nasib untuk menceburi bidang perkapalan ni. Tapi kene hantar resume. itu yang paling malas nak wat tu. aku pun x taw cam ne nak buat. Aku pun mintak mak aku buat. lepas resume aku siap, yang lagi 2 orang tu hanye copy paste je.Cume tukar info je. Yang lawaknye,kami hantar 1 hari sebelum tarikh tutup. Kelam kelibut. Gune post laju lagi.woha!


Hari berganti hari,akhirnya surat interview pun sampai rumah. Tapi hanya 2 orang sahaja yang dapat interview itu. Kami pun pergi la interview kat hotel di penang. macam2 kerenah time interview tu.Ade yang kene kawad.time interview tu,aku kene cakap english.Terkelu2 aku nak menyebut english time tu. Aku bukan la seorang yg pandai english.


Lepas interview, kami pun menunggu dengan sabar result interview tu.Akhirnya,kawan aku terima panggilan dari syarikat kapal tu dan die telah diterima. Tapi aku x dapat apa2 panggilan.
aku redha je coz ak ade lagi 1 pilihan.iaitu poly behrang.Tapi mak aku suh tanye gak tentang result interview tu.aku pun telefon la pegawai tu.Die kate name aku dalam senarai pendek. maksudnye,kalau orang panggilan pertama x nak,aku akan dipanggil.


2 hari pastu,aku terima panggilan dan die suh pergi report kat ALAM (akademi laut malaysia) hari isnin next week.So, disini bermulalah pahit getir aku untuk menjadi pelaut. mesti korang nak tahu bagaimana dugaan,cabaran dan halangan yang aku terima. Aku rasa,aku sambung di post akan datang ok.mata dah ngantok. Jumpa lagi. Nantikan............